“Semoga Wakaf kita ini menjadi saham di akhirat, bantu anak yatim yang memerlukan dan berikan Pendidikan agama”

DERMA SEKARANG

Pertubuhan kebajikan anak yatim & asnaf iman amal.
Lot 1229-2&3A Lorong 7 Kampung Merbau Sempak 47000 Sungai Buloh

Bermula 2016 “Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Asnaf Iman & Amal” mula beroperasi, penambahbaikan dari segi infrastruktur dan kemudahan sentiasa dilakukan mengikut kutipan sumbangan dan simpanan semasa. Alhamdulillah, kini anak yatim dalam jagaan kami meningkat hampir 50 orang pelajar pada tahun 2022.

PERBELANJAAN KAMI TERTUMPU KEPADA:

KELENGKAPAN DALAMAN RUMAH

Antara yang masih menjadi keperluan di sini adalah seperti almari baju, rak buku, kelengkapan dapur.

MAKANAN HARIAN

Bekalan makanan harian dan keperluan asas untuk setiap pelajar masih belum lengkap, di sebabkan kami terpaksa mengutamakan beberapa perkara penting terlebih dahulu untuk dibelanjakan bagi menjamin keselesaan anak yatim yang belajar di sini.

PENDIDIKAN

Tidak lupa antara aspek penting yang kami tekankan adalah dalam sudut Pendidikan, termasuk akedemik dan Pendidikan Agama. Penyediaan bahan pelajaran amat diperlukan agar para pelajar dapat bersaing selari dengan keperluan modal insan.

PENGANGKUTAN

Yang menjadi keutamaaan kami buat masa ini adalah untuk menyediakan kenderaan rasmi untuk pertubuhan bagi bersedia sekiranya ada kecemasan untuk menghantar para pelajar ke hospital atau kerumah.

SIJIL PENDAFTARAN Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Asnaf Iman & Amal

Maybank : 5627 4014 0944

Terima kasih

Kepada semua yang telah terlibat dan menyumbang dalam  menjayakan pembinaan Rumah Anak Yatim & Asnaf Pertubuhan Iman Amal. Semoga setiap sumbangan anda menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita kelak. Teruskan menyumbang demi keselesaan anak-anak di sini.